Monday, 23 January 2012

Pengenalan


Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah S.A.W. telah bersabda;

“ Barangsiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu hasanah (pahala), dan hasanah itu digandakan sepuluh kali ganda, Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

Riwayat Imam Termizi


Dari Aisyah r.a., Rasulullah S.A.W telah bersabda;

Orang yang membaca al-Quran dan ia mahir dengan bacaannya, mereka akan bersama malaikat utusan yang mulia lagi terpuji. Dan orang yang membaca al-Quran dan ia tergagap-gagap padanya kerana kesusahan membacanya, maka baginya 2 pahala

Riwayat Imam Bukhari & Muslim
 
Dari Usman IbnAffan r.a., Rasulullah S.A.W telah bersabda;


Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”
Riwayat Imam Bukhari




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.